Wednesday, November 25, 2009

Perhatian

Perhatian kepada batch SPM 2008, insya Allah, kami barisan pimpinan I-exist akan meletakkan jawatan berkemungkinan pada tahun ini atau awal tahun hadapan.

Maka diharapkan kepada batch SPM 2008 supaya bersedia untuk menerima pelantikan ini nanti, sesiapa yang akan menjadi pimpinan baru.

Kami, selaku senior dan perintis penubuhan I-exist akan sentiasa menyokong bakal pimpinan baru. Diharapkan kepada semua pimpinan baru nanti, bersedialah dengan mental dan fizikal, serta pengorbanan masa untuk sentiasa turun ke sekolah, dan melaksanakan program dalam kalangan bekas pelajar dan pelajar SMKA Tok Jiring sendiri.

Insya Allah, antum semua akan diberkati.

Monday, November 16, 2009

Limau..??

Gambarkan.., satu perumpamaan..: Rasulullah tinggalkan kita kebun yang banyak pokok limau, semasa zaman Rasulullah para Sahabat menjaga dan memelihara pokok tersebut sebaiknya, jika ada masalah yang berlaku pada pokok Limau tersebut, mereka akan terus merujuk kepada Rasulullah untuk menyelesaian dan rasulullah akan memberikan jawapan kepada mereka secara terus daripada Allah..Setelah sekian lama.. pokok limau tersebut membesar dengan sihat dan matang, namun, tiba-tiba Rasulullah s.a.w. dijemput menemui Allah buat selama-lamanya.. Seluruh penghuni langit dan bumi menangisi pemegian Baginda s.a.w…

Penjagaan pokok-pokok tetap diteruskan oleh para Sahabat, walaupun ada sebahagian yang meninggalkan penjagaan tersebut, para sahabat yang teguh ikatan mereka dengan Allah dan Rasul-Nya tetap menjaganya sedaya upaya.. Tiba-tiba, pada zaman pemerintahan Sayidina Abu Bakar r.a., keluarlah bunga-bungaan berwarna putih.. maka berkatalah manusia yang Jahil: “Ini bid’ah..! Bid’ah..! tak pernah ada bunga ini pada zaman Rasulullah s.a.w..”, jawab mereka yang ‘alim: “Cuba kita lihat, dari mana keluarnya bunga-bunga ini? Bukankah keluar daripada batang dan cabang pokok yang sama? Jadi ini bukanlah satu kesalahan, ini dari punca yang sama..”

Tiba pula zaman pemerintahan Sayidina Umar bin al-Khattab r.a., bunga-bungaan tadi mula berubah menjadi putik-putik limau.. berkatalah sebahagian manusia: “Ini bid’ah..! Bid’ah..! tak pernah ada benda ini sebelum ini, tak boleh..!”. Sahut mereka yang diberi petunjuk oleh Allah: “Tidak.. Cuba kita lihat dari mana punca putik ini? Bukankah dari bunga, cabang dan pokok yang sama?”

Zaman diganti oleh Sayidina ‘Ali bin Abi Thalib r.a. Putik-putik tadi mula ranum. Manusia mula memetik buah tersebut untuk dimakan. Namun ada yang menghalang dan berkata: “Tak boleh, haram..! Ini bida’h..! Bida’ah..! Buah ini tak pernah dimakan pada zaman Rasulullah s.a.w, tak pernah wujud..!”. Balas mereka yang benar: “Jangan cakap begitu.. cuba perhatikan.. Bukankah buah ini asalnya dari pokok yang ditanam oleh Rasulullah s.a.w, batang dan cabang yang sama setelah berbunga dan berputik..? Mengapa tidak boleh dimakan.. Buah ini halal, bukan sesuatu yang haram..”.

Sayidina Uthman bin ‘Affan r.a. mula mengambil alih pentadbiran selepas kewafatan Sayidina ‘Ali r.a. Mereka mula memerah buah-buah limau dan dijadikan jus untuk diminum.. tetap ada yang menghalang dan berkata: “Ini perkara bid’ah..! tak boleh..! Bid’ah..!”. Setiap zaman berlaku penentangan yang sama..Namun ahli ilmuan tetap berkata: “Lihatlah dari mana asal minuman itu, limau yang asalnya pokok Rasulullah, hanya rupanya berbentuk cecair kerana hasil perahan buahnya..tiada tambahan bahan bukan halal..minumlah..”.

Muncul zaman seterusnya, ada yang membuka perusahaan jem.. mereka pun memproses buah dan perahan limau menghasilkan ‘jem limau’. Berkatalah mereka yang suka bercakap tanpa berfikir dengan waras: “Tak boleh makan jem limau ni, ini benda yang tak pernah ada zaman Rasulullah s.a.w. bid’ah ni..! Bid’ah..!”. Hai manusia…Perhatikan…bukankah jem itu dari asal yang sama, buah limau.. dari pokok yang ditanam Rasulullah s.a.w. Cuma ditambah gula atau sedikit tambahan lain, selagi tidak ditambah bahan yang haram, ia adalah halal..!

Setelah berlalu zaman demi zaman dan generasi demi generasi, masih tetap ada sebahagian manusia yang suka menuduh dan mengeluarkan pendapat tanpa ‘aqal.. Setelah dihasilkan pil vitamin bersumberkan limau pada zaman moden kini, ada juga yang berkata: “Tak boleh, ini bid’ah..! mana ada pil ni zaman Rasulullah s.a.w.”. Balas mereka yang berilmu: “Zaman dah berganti, ini bukanlah satu yang ganjil, masih lagi bersumberkan sumber yang utama dari pokok rasulullah s.a.w.”..

Begitulah manusia.. suka menghukum tanpa penilaian dengan baik.. sebahagian manusia yang jahil dan tidak faham.. jika kita katakan semua perkara bid’ah adalah salah, wujudnya diri kita sendiri juga adalah salah kerana kita juga benda baru wujud, kita tak pernah wujud pada zaman rasulullah s.a.w. Tuntutlah ilmu agar kita diberi petunjuk oleh Allah s.w.t. Semoga Allah menjadikan kita dalam golongan yang mendapat petunjuk dan kekal di jalan yang benar..