Friday, December 4, 2009

IEXIST は 今 どう ですか。。

salam ukhwah fillah, it's been a long time since I-exist made moves on the students' activities assistance. However, now there's nothing much happen. Apparently, all ex-students are busy with their studies, organizations as well, and many other commitments. I immaculately believe and feel so grateful of the establishment of this organization on behalf of my batch : spm 08. By the way, we need more meetings, strategies and as well as support from all the members. Hence, I urge all of the members to follow this blog and make a move on it. I, myself had created a group in facebook to enhance the enrollment of ex-students of my batch only to beautifully paint this group empty spaces... that's for now.. sorry for a simple entry, but it's just a start!!!

usrah tunjang tarbiyyah
アミル明

Wednesday, November 25, 2009

Perhatian

Perhatian kepada batch SPM 2008, insya Allah, kami barisan pimpinan I-exist akan meletakkan jawatan berkemungkinan pada tahun ini atau awal tahun hadapan.

Maka diharapkan kepada batch SPM 2008 supaya bersedia untuk menerima pelantikan ini nanti, sesiapa yang akan menjadi pimpinan baru.

Kami, selaku senior dan perintis penubuhan I-exist akan sentiasa menyokong bakal pimpinan baru. Diharapkan kepada semua pimpinan baru nanti, bersedialah dengan mental dan fizikal, serta pengorbanan masa untuk sentiasa turun ke sekolah, dan melaksanakan program dalam kalangan bekas pelajar dan pelajar SMKA Tok Jiring sendiri.

Insya Allah, antum semua akan diberkati.

Monday, November 16, 2009

Limau..??

Gambarkan.., satu perumpamaan..: Rasulullah tinggalkan kita kebun yang banyak pokok limau, semasa zaman Rasulullah para Sahabat menjaga dan memelihara pokok tersebut sebaiknya, jika ada masalah yang berlaku pada pokok Limau tersebut, mereka akan terus merujuk kepada Rasulullah untuk menyelesaian dan rasulullah akan memberikan jawapan kepada mereka secara terus daripada Allah..Setelah sekian lama.. pokok limau tersebut membesar dengan sihat dan matang, namun, tiba-tiba Rasulullah s.a.w. dijemput menemui Allah buat selama-lamanya.. Seluruh penghuni langit dan bumi menangisi pemegian Baginda s.a.w…

Penjagaan pokok-pokok tetap diteruskan oleh para Sahabat, walaupun ada sebahagian yang meninggalkan penjagaan tersebut, para sahabat yang teguh ikatan mereka dengan Allah dan Rasul-Nya tetap menjaganya sedaya upaya.. Tiba-tiba, pada zaman pemerintahan Sayidina Abu Bakar r.a., keluarlah bunga-bungaan berwarna putih.. maka berkatalah manusia yang Jahil: “Ini bid’ah..! Bid’ah..! tak pernah ada bunga ini pada zaman Rasulullah s.a.w..”, jawab mereka yang ‘alim: “Cuba kita lihat, dari mana keluarnya bunga-bunga ini? Bukankah keluar daripada batang dan cabang pokok yang sama? Jadi ini bukanlah satu kesalahan, ini dari punca yang sama..”

Tiba pula zaman pemerintahan Sayidina Umar bin al-Khattab r.a., bunga-bungaan tadi mula berubah menjadi putik-putik limau.. berkatalah sebahagian manusia: “Ini bid’ah..! Bid’ah..! tak pernah ada benda ini sebelum ini, tak boleh..!”. Sahut mereka yang diberi petunjuk oleh Allah: “Tidak.. Cuba kita lihat dari mana punca putik ini? Bukankah dari bunga, cabang dan pokok yang sama?”

Zaman diganti oleh Sayidina ‘Ali bin Abi Thalib r.a. Putik-putik tadi mula ranum. Manusia mula memetik buah tersebut untuk dimakan. Namun ada yang menghalang dan berkata: “Tak boleh, haram..! Ini bida’h..! Bida’ah..! Buah ini tak pernah dimakan pada zaman Rasulullah s.a.w, tak pernah wujud..!”. Balas mereka yang benar: “Jangan cakap begitu.. cuba perhatikan.. Bukankah buah ini asalnya dari pokok yang ditanam oleh Rasulullah s.a.w, batang dan cabang yang sama setelah berbunga dan berputik..? Mengapa tidak boleh dimakan.. Buah ini halal, bukan sesuatu yang haram..”.

Sayidina Uthman bin ‘Affan r.a. mula mengambil alih pentadbiran selepas kewafatan Sayidina ‘Ali r.a. Mereka mula memerah buah-buah limau dan dijadikan jus untuk diminum.. tetap ada yang menghalang dan berkata: “Ini perkara bid’ah..! tak boleh..! Bid’ah..!”. Setiap zaman berlaku penentangan yang sama..Namun ahli ilmuan tetap berkata: “Lihatlah dari mana asal minuman itu, limau yang asalnya pokok Rasulullah, hanya rupanya berbentuk cecair kerana hasil perahan buahnya..tiada tambahan bahan bukan halal..minumlah..”.

Muncul zaman seterusnya, ada yang membuka perusahaan jem.. mereka pun memproses buah dan perahan limau menghasilkan ‘jem limau’. Berkatalah mereka yang suka bercakap tanpa berfikir dengan waras: “Tak boleh makan jem limau ni, ini benda yang tak pernah ada zaman Rasulullah s.a.w. bid’ah ni..! Bid’ah..!”. Hai manusia…Perhatikan…bukankah jem itu dari asal yang sama, buah limau.. dari pokok yang ditanam Rasulullah s.a.w. Cuma ditambah gula atau sedikit tambahan lain, selagi tidak ditambah bahan yang haram, ia adalah halal..!

Setelah berlalu zaman demi zaman dan generasi demi generasi, masih tetap ada sebahagian manusia yang suka menuduh dan mengeluarkan pendapat tanpa ‘aqal.. Setelah dihasilkan pil vitamin bersumberkan limau pada zaman moden kini, ada juga yang berkata: “Tak boleh, ini bid’ah..! mana ada pil ni zaman Rasulullah s.a.w.”. Balas mereka yang berilmu: “Zaman dah berganti, ini bukanlah satu yang ganjil, masih lagi bersumberkan sumber yang utama dari pokok rasulullah s.a.w.”..

Begitulah manusia.. suka menghukum tanpa penilaian dengan baik.. sebahagian manusia yang jahil dan tidak faham.. jika kita katakan semua perkara bid’ah adalah salah, wujudnya diri kita sendiri juga adalah salah kerana kita juga benda baru wujud, kita tak pernah wujud pada zaman rasulullah s.a.w. Tuntutlah ilmu agar kita diberi petunjuk oleh Allah s.w.t. Semoga Allah menjadikan kita dalam golongan yang mendapat petunjuk dan kekal di jalan yang benar..

Saturday, October 31, 2009

Macam-macam

Apa nak jadi??

Lepasan sekolah agama, sama naik macam pelajar sekolah yang tidak mempunyai tittle agama. Bukan sama naik dari sudut akademik atau pencapaian organisasi. Tapi, sama naik dalam perkara-perkara yang orang cakap, isy,isy,isy..

Pelajar sekolah agama pakai boxer je? Hisap rokok? Keluar berdua-duaan dengan perempuan?

Standard la beb. Gua ni manusia jugak.

Wow! Fantastic! Jawapan berani mati. Amacam, kalau waktu tu hangpa mati tak sempat bertaubat?

Sendiri mau ingat la.

Dulu, bukan main skor A dalam Subjek Syariah dan Quran Sunnah. Memang teramat power kalau tanya tentang hukum hakam, ayat yang menghalalkan dan mengharamkan, semua dapat dijawab. Semua ikut skema, walaupun ramai yang tak suka pelajar skema. Haha..

Tapi, amalinya? Hampeh. Tak pasai-pasai lepasan pelajar sekolah agama kena kutuk dan direndah-rendahkan.

Buat apa nak jadi baik? Pelajar sekolah agama pun sama je.

Ambik! Kan dah jadi fitnah?

Sedar-sedarlah. Takkanlah Ketua Pengawas pun nak kena buat report kat cikgu disiplin pasal perlakuan tak baik. Macam dulu-dulu.

Papepun, selamat menjalani kehidupan lepasan pelajar sekolah agama!

Tuesday, October 20, 2009

Sebuah Seloka

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.

Sekian Terima(lah) Kasih

Friday, October 16, 2009

Remaja

Semasa kita kecil dulu, kita teringin utuk menjadi dewasa, tak sabar rasanya mahu memakai kemeja dan kot, atau mungkin berkopiah serban,kalau yang perempuan pula teringin memakai kasut bertumit tinggi seperti ibunya, atau mungkin bertudung jubah, malah ada juga yang kadang-kadang mencuri-curi pakai pakaian mereka kerana ingin merasai bagaimana rasanya menjadi dewasa. Ya, pada waktu itu kita rasa kita sangat segak dan bergaya, cantik manis, seronok dapat jadi orang dewasa yang bergaya..

Begitulah hati kanak-kanak, sangat mudah dibentuk, segala yang dilakukan oleh orang sekeliling mereka pasti ingin dicuba. Benar sekali sabda rasulullah s.a.w: “Anak itu dilahirkan dalam fitrah, orang tuanya lah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani ataupun Majusi”. Pepatah Melayu pun ada menyebut: “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Begitulah kita, senang terikut-ikut, suka buat apa yang masyarakat sekeliling buat dan pakai, malah bukan semasa kecil sahaja, ada juga yang terlekat amalan tersebut sehinggalah dewasa, kerana kehidupan mereka berkembang dari kecil hingga besar dalam suasana yang sama..

Tapi sekarang setelah kita menjadi remaja, dengan pelbagai kefahaman dan prinsip hidup, wujudlah bermacam-macam bentuk kehidupan remaja. Dengan berbekalkan ilmu mahupun ikut-ikutan, kita meneruskan kehidupan di Bumi Allah ini. Sebahagian remaja yang masih belum mengenal dunia akan terus mengamalkan sikap kanak-kanak mereka, mengikut fesyen dan perkembangan arus kemodenan sekeliling mereka, tanpa segan silu, tanpa tapisan lagi.

Alhamdulillah bagi golongan yang mendapat didikan dan pengetahuan daripada Allah, dengan perantara keluarga atau guru-guru mahupun kawan-kawan, mereka dapat menilai berat ringan masalah masyarakat, baik buruk sesuatu amalan sekeliling mereka. Maka mereka berusaha untuk mengamalkan amalan yang benar dan mengelak daripada terus berada dalam kejahilan. Dengan arus kemodenan dan kemajuan yang semakin mencabar, jalan kebenaran turut terkesan dan semakin sempit dan berliku.. Maka beruntunglah bagi mereka yang teguh berusaha mencari dan terus berada di atas jalan yang benar itu.

Tidak dinafikan golongan remaja sekarang yang kebanyakan mereka adalah dalam kalangan pelajar sekolah, semakin terjebak dengan berbagai kes, hanyut dalam arus masalah sosial yang menjunam ibarat air terjun, selamatlah mereka yang berjaya berpaut pada dahan-dahan dan batu-batu, namun yang menjunam, jarang sekali yang berjaya diselamatkan melainkan mereka yang terus kekal berusaha dan berazam, serta akhirnya dibantu oleh Allah sebagaimana Allah telah membantu sahabat-sahabat mereka terdahulu.

Hargailah peluang belajar di sekolah, terutama sekolah-sekolah agama, jangan kita anggap sekolah sebagai tempat yang mendera kita, sekolah adalah tempat kita menerima didikan dalam usaha menjadi manusia yang berguna, ramai yang tidak menghargai zaman sekolah mereka, dan menyesalinya apabila sudah keluar dan terjebak dengan masalah sosial. Kita sangat perlukan bekalan dari zaman sekolah kita bagi meneruskan kehidupan yang penuh dengan fitnah yang menakutkan.

Bagaimana kita pula sebagai remaja masa kini, adakah kita benar-benar termasuk dalam golongan mereka yang bertamadun, yang mengamalkan segala syari’at dan perintah Allah, serta menjauhi larangan-Nya, atau kita adalah dalam golongan yang melanggar garis panduan Islam..? Perhatikan dan muhasabah diri kita sendiri, bukan menunjuk ke arah orang lain, DIRI KITA SENDIRI.. Adakah kita sudah cukup menjalankan hak-hak yang sepatutnya kita tunaikan..?

Sunday, October 11, 2009

Saat Kematian

video

Kematian itu boleh datang tak kira waktu dan ketika, samada kita dalam taqwa mahupun sedang leka. Satu suasana yang menakutkan kalau ditarik dalam leka..

Saturday, October 10, 2009

Petanda Dari Allah

Gempa bumi di PADANG terjadi pada pukul 17:16 & 17:58. dan di JAMBI pd pkul 8:52. perhatikan terjemahan ayat dari surah 17:16,17:58,8:52, kita akan dapati semuanya dah diaturkan ALLAH. Sama-sama kita renungkan...

"Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya." (17:16). "Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz)" (17:58)
"(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya". (8:52).


Sungguh, janji ALLAH itu benar! dan ALLAH tidak sekali-kali memungkiri janjinya!
Bagaimana situasi kita sebagai jiran Negara? Mungkin kali ini kita terlepas, namun bukan selama-lamanya kita akan terlepas. Kita ibarat ikan di lautan juga, dan nelayan itu adalah maut, mungkin hari ini tak ditangkap nelayan, mungkin esok atau lusa.. ke mana kita mahu melarikan diri? Adakah kita boleh melepaskan diri daripada menjadi perhatian Allah? Kita sentiasa diperhatikan, janganlah kita dipanggil dalam keadaan kita sedang lalai dan alpa, semoga kita tergolong dalam mereka yang mendapat kebaikan dan Rahmat daripada Allah..

Sunday, October 4, 2009

Lu pikirlah sendiri

Rupanya, kita dah makin membesar.

Semalam, baru terasa seperti seorang pelajar sekolah menengah. Hari ni, dah jadi pelajar universiti. Sekejapnya masa berlalu. Kalau dulu, perangai nakal budak-budak masih ada, sekarang perangai nakal orang dewasa pula yang muncul tiba-tiba.

Macam mana tu?
Nabil kata, "Lu pikirlah sendiri.."

Walau apapun perangai nakal kita, cuma satu harus dipegang, Islam adalah agama kita. Nak jadi samseng, jadilah samseng yang beriman. Ada ke? Entahlah. Terpulang pada penilaian kita. Tapi, yang pasti samseng beriman takkan buat apa-apa yang menyalahi syariat dan adab.

Ataupun, jadilah seorang lelaki atau wanita yang beriman.

Tak kisahlah, apa-apa pun jadilah orang yang beriman.

"Iman itu berkurang dan bertambah."

Monday, September 28, 2009

Jamuan Hari Raya ex-TJ 07

Tarikh : 21 September 2009 (2 Syawal 1430H)
Tempat : Surau al-Hikmah, Padang Air
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Tentatif :

3.00 petang : Ucapan
-Pengerusi Majlis
-Pengarah Program (Saudara Hasyimi)
-Presiden Kelab (Saudara Marwan)
-Penasihat Kelab (Puan Syarifah Hayati)

3.30 petang : Sesi jamuan dan beramah mesra

4.30 petang : Perbincangan agenda batch sebelum dan selepas

5.00 petang : Bersurai

Kehadiran : 30 orang

Kelemahan :

1) Partisipasi yang kurang (Pemilihan masa)

2) Pembatalan kehadiran pada saat akhir.

3) Kedudukan tempat yang kurang strategik.

4) Kekurangan tenaga kerja.

Harapan :

Diharapkan sahabat-sahabat dapat sama-sama membantu untuk kita terus berhubung antara satu sama lain. Semoga sahabat-sahabat diberkati dan dirahmati Allah setiap masa.

SALAM PERTEMUAN!

Assalamualaikum w.b.t.

Semoga blog I-exist akan dikunjungi oleh semua ex-student SMKA Tok Jiring. Semoga ikatan yang terbina di sekolah, takkan terputus. Walaupun tak bertemu secara berdepan, berbicara di alam maya, rasanya sangat praktikal untuk komunikasi dengan semua orang.

Selamat Mengunjungi blog ini..

Ahlan, ahlan..