Showing posts with label Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Peringatan. Show all posts

Friday, August 6, 2010

Kedatangan Tetamu; Bersediakah kita??



"Ya Allah, sampaikanlah kami kepada bulan Ramadan"

Itulah doa yang diajar Nabi S.A.W kepada umatnya yang rindukan kedatangan madrasah tarbiyah.
Semalam saya menerima satu sms menarik untuk dikongsi bersama:

"Salam, sebentar tadi bulan Sya'ban datang kepada saya. beliau berpesan bahawa jirannya, Ramadan Al Kareem akan datang melawat bersama seorang isterinya, Berkah, 2 orang anaknya, Sahur dan Iftor serta 3 orang cucunya iaitu Rahmat, Keampunan dan Keberkatan. Pesan bulan Sya'ban lagi, manfaatkanlah kedatangan tetamu ini nanti untuk mendapat ganjaran yang dijanjikanNya"

Satu sms yang begitu ringkas tetapi mengandungi segala intipati Ramadan yang kian tiba. Persoalannya, adakah kita sudah bersedia untuk 'melayan' kedatangan tetamu yang mulia ini?

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqaroh, ayat 183 :

" Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"

Ayat ini menjadi dalil diwajibkan berpuasa kepada umat Islam yang diturunkan pada tahun kedua Hijrah setelah Rasulullah S.A.W berlaku hijrah dari Kota Mekah ke Madinah Al-Munawwarah. Intisari ayat yang mengandungi 3 elemen iaitu Iman, Puasa dan Takwa. Maka beruntunglah kepada kita andai semua elemen ini dapat kita capainya di bulan Ramadan nanti.

Sesungguhnya hikmah Allah tidak dapat dinafikan lagi dengan kewajipan berpuasa di bulan Ramadan. Setelah perut kita tidak henti-henti bekerja selama 11 bulan, maka tibanya Ramadan untuk mendidik nafsu diri dengan berpuasa.

Namun, di sebalik hari-hari yang mendatang ini kita masih leka tanpa sebarang persediaan untuk meraikan tetamu yang mulia ini. Bila tiba waktu tetamu istimewa datang ke rumah bukan main kita bersiap untuk meraikannya. Hidangan yang enak dan layanan istimewa sudah semestinya menjadi persembahan terbaik kita untuk mereka. Alangkah berbezanya layanan kita!

Kedatangan Ramadan yang sarat dengan muatan berkah, rahmat dan sebagainya di samping berlakunya peristiwa bersejarah seperti Perang Badar, Nuzul Al Quran dsb perlu disambut dan diraikan oleh kita sebagai umat Islam. Musim jualan 'Mega Sale' yang menawarkan ganjaran berlipat ganda ini amat rugi kalau kita biarkan berlalu tanpa kita tidak turut serta membeli-belah dalam musim ini.

Akhirnya, raikanlah kedatangan bulan Ramadan ini dengan 'hamparan karpet merah' seperti bacaan tadarus Al Quran, solat terawih di malam hari dan pelbagai lagi amalan-amalan sunat untuk mendapat ganjaran bonus dari Allah di penghujungnya serta cabutan bertuah, Malam Lailatul Qadr. Ahlan wasahlan Ya Ramadan Al Mubarak.


Sunday, October 11, 2009

Saat Kematian



Kematian itu boleh datang tak kira waktu dan ketika, samada kita dalam taqwa mahupun sedang leka. Satu suasana yang menakutkan kalau ditarik dalam leka..

Saturday, October 10, 2009

Petanda Dari Allah

Gempa bumi di PADANG terjadi pada pukul 17:16 & 17:58. dan di JAMBI pd pkul 8:52. perhatikan terjemahan ayat dari surah 17:16,17:58,8:52, kita akan dapati semuanya dah diaturkan ALLAH. Sama-sama kita renungkan...

"Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya." (17:16). "Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz)" (17:58)
"(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya". (8:52).


Sungguh, janji ALLAH itu benar! dan ALLAH tidak sekali-kali memungkiri janjinya!
Bagaimana situasi kita sebagai jiran Negara? Mungkin kali ini kita terlepas, namun bukan selama-lamanya kita akan terlepas. Kita ibarat ikan di lautan juga, dan nelayan itu adalah maut, mungkin hari ini tak ditangkap nelayan, mungkin esok atau lusa.. ke mana kita mahu melarikan diri? Adakah kita boleh melepaskan diri daripada menjadi perhatian Allah? Kita sentiasa diperhatikan, janganlah kita dipanggil dalam keadaan kita sedang lalai dan alpa, semoga kita tergolong dalam mereka yang mendapat kebaikan dan Rahmat daripada Allah..