Monday, February 8, 2010

Berhadapan dengan Sahabat Logik

Pemuda itu sedang melayari internet, memabaca artikel-artikel terkini ketika seorang kawannya mengambil kerusi, duduk di sebelahnya. Konsentrasi pemuda itu sedikit terganggu, tetapi, tidak dihiraukannya, terus member peluang, kawannya juga dapat mengikuti pembacaan yang dibacanya. Sehinggalah terpaculnya satu soalan daripada mulut kawannya,

“Nas, kenapa umat Islam tak boleh nak mempersoalkan al-Quran sebagaimana Kristian mempersoalkan Bibble. Seolah kita dilihat terlalu dikongkong, tak dapat nak kaji Quran secara mendalam. Lagipun, Quran diturunkan dah lama dah. Sesuai lagi ke peraturan Quran dengan zaman ni?”

Pemuda itu bernama Nasrullah, dilihat terdiam seketika sambil tangannya terus menekan skroll menghabiskan bacaan di alam cyber. Seketika dia berbicara,

“Jom, Naf. Kita bincang sambil makan. Aku belanja.”

Nasrullah dan Abdul Manaf, mereka berdua sama-sama bergerak ke kedai makan berhampiran.

“Naf, kau order nak makan apa. Kak Long, bagi saya Teh O Ais Limau,k?”

“Saya pula roti canai kosong dengan milo panas, kurang manis.”

Nasrullah masih belum mengeluarkan kata-katanya lagi. Apabila minuman telah sampai, Abdul Manaf terus melarutkan susu pekat supaya bersebati dengan air milo. Belum sempat dia meneguk, Nasrullah menegah.

“Naf, aku belanja kau makan dan minum. Tapi, kau tak boleh makan atau minum dengan mulut. Ikut suka lah kau nak makan macam mana pun. Tapi, bukan dengan mulut.”

“Apasal pulak. Kalau tak makan ikut mulut, macam mana nak telan?”

“Terpulang. Kau persoalkanlah pada diri kau, tempat mana lagi boleh suap makanan.”

“Emm.”

Nasrullah tersenyum. Dilihat muka kawannya merah.

“Oklah. Naf, selain mulut, tempat mana lagi pada anggota badan yang boleh makan makanan ni?”

“Tak ada.”

“Sebab apa?”

“Sebab memang fitrahnya mulut adalah tempat untuk makan.”

Good. Sama juga dengan Quran. Nak cakap, sebab apa kita tak boleh nak tafsir Quran ikut suka hati, sebab secara fitrahnya, akal manusia ada limitation. Akal manusia tak mampu nak capai perkara ghaib. Limitation inilah namanya akidah. Banyak perkara manusia tak mampu fikir tentang soal akidah. Sebab nak menguji keimanan manusia. Tapi, siapa kata tak boleh mengkaji Quran. Untuk kaji Quran, sekurang-kurangnya, kalau kau betul-betul minat, kajilah asbabun nuzul dan hadis-hadis yang berkaitan dengan ayat-ayat tersebut. Bukalah kitab-kitab tafsir, seperti Tafsir al-Munir, Tafsir Azhar, Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir Fi Zilal dan Tafsir-tafsir lain. Kau kaji gaya penulisan mereka menerangkan ayat-ayat Quran. Sekurang-kurangnya, engkau kena faham lughah dan balaghah Quran. Barulah engkau boleh faham.”

“Tapi Nas, macam mana pula dengan penemuan sains, banyak disebut dalam Quran, tetapi ditemui oleh saintis Barat, mereka menemuinya tanpa membaca Quran.”

Yes. That’s rite. Aku pandang perkara ni sebagai satu kebaikan. Mereka mengkaji sesuatu yang Quran dah sebut lama dah. Apabila mereka menjumpainya, mereka mendabik dada, walhal dalam kitab tu dah ada lama dah. Apa kebaikannya? Mereka akan sedar di sebalik kesusahpayahan manusia membuat kajian, rupanya Tuhan dah sebut awal-awal. Bab ni, aku agak terkilan apabila orang berkata umat Islam hanya tahu membaca Quran tetapi tidak mengkaji ayatNya dari perspektif sains sebagaimana saintis Barat. Itu masalah kita. Hakikatnya Tuhan menciptakan ayat-Nya terbahagi kepada dua. Pertama, ayatNya iaitu Kitab Allah. Kedua, ayatNya iaitu tanda-tanda alam. Engkau renung alam dan kau buat kajian. Kemudian engkau akan dapati perkara itu dissebut dalam Quran. Tapi, perlu ingat, Quran itu bukan buku sains yang menerangkan formula-formula sains semata-mata. Quran diturunkan untuk membuktikan kebenaran nubuwwah Rasulullah.”

What about the rules?Hudud, Qisas. It is very old to apply today.

Are you sure? Fine. Kau pernah tengok orang kena pancung depan mata kau? Apa kau rasa? Kau pernah take part baling batu pada penzina? Hakikatnya, bila dilaksanakan hukuman hudud dan qisas, secara automatik, kau sebenarnya sedang dididik. Kau kena rejam batu pada penzina untuk memberi pengajaran, kalau aku berzina, aku pun kena rejam macam ni. Akan menimbulkan kegerunan pada masyarakat. Dengan kegerunan itu akan melahirkan kepatuhan. Ia melibatkan seluruh masyarakat. Kerana itu bentuk hukuman kedua-duanya bersifat terbuka. Sifatnya mendidik.”

“Terima kasih Nas. Aku jelas dah sikit sekarang.”

“Apa-apa masalah, kita bincang. Kalau aku tak dapat jawab, kita jumpa ustaz. K? Cuma dalam satu hadis, riwayat Tarmizi, maksudnya,

‘Sesungguhnya manusia akan terus bertanya sehingga mereka bertanyakan tentang Allah ciptakan makhluk, maka siapa yang menciptakan Allah, maka barangsiapa yang fikir sedemikian, katakanlah aku beriman pada Allah dan RasulNya.’

Hadis ni berkaitan dengan limit kita sebagai seorang manusia. Ada perkara yang tak tercapai oleh akal. Apa-apa pun, aku sokong kalau kau nak mengkaji Quran. Tapi, ingat apa aku pesan.”

“Ok. Aku lapar ni. Boleh aku makan ikut mulut?”

“OK. Dah baca doa makan?”