Sesuatu yang cukup unik juga, kawasan makanan yg telah dikerumuni semut tidak akan ada lalat yang datang ke tempat itu.. malah semut juga tidak suka kepada penipu, malah mereka akan membunuh penipu dalam kalangan mereka..
Seorang budak sedang makan makanan, dan terjatuh secebis daripada makanan tersebut, tiba-tiba dia ternampak seekor semut mendekati cebisan makanan tersebut, dan berusaha untuk mengangkatnya namun tidak mampu.. kemudian beredar dan tidak lama selepas itu, semut itu kembali semula dan bersama-samanya sekumpulan semut.. Budak sedang memerhatikan gelagat semut-semut tersebut pun mengambil semula cebisan makanan tersebut.. maka semut-semut pun mencarilah makanan yg diberitakan oleh semut pertama tadi namun tak jumpa.. mereka pun beredar..
Budak itu pun meletakkan semula cebisan makanan tadi.. kemudian kelihatan lagi semut pertama tadi mendekati cebisan makanan tersebut dan mengulang tindakan yang sama.. budak itu juga melakukan tindakan yang sama sehingga tiga kali.. akhirnya.. datanglah seekor semut mendekati semut yang pertama tadi dan membunuhnya..
Begitulah semut.. mereka tak suka kepada pembohong.. kita boleh mengambil iktibar yang banyak dari ketekunan dan kesungguhan semut-semut ini dan juga pegangan mereka.. sebab itulah kita diajar agar memerhatikan ciptaan Allah kerana banyak rahsia dan pengajaran yang tersirat..
Semoga kita mendapat petunjuk daripada Allah..
No comments:
Post a Comment