Saturday, January 23, 2010

~TAAT~

Jalan-jalan perhatikan sekeliling, suatu malam terpandang seorang pak cik tua berdiri menghadap sebatang pokok sambil berkata-kata, entah membaca doa pendinding, entah jampi , entah cakap sesuatu..? terlintas persoalan dalam fikiran. Selalu Nampak pak cik tu sekitar kawasan tu, tak pernah tahu siapa dia, dia nampak gayanya memang tidur di kawasan tu..

Tiba-tiba terdetik dalam hati: “Bagus juga bercakap dengan pokok, takde nak ngumpat, takde nak ngutuk orang lain..”

Perhatikan sekeliling kita, haiwan dan tumbuhan serta semua ciptaan Allah yang lain, sangat patuh kepada perintah Allah dan apa yang telah Allah tetapkan padanya, sehinggakan rumput-rumput yang kita pijak, mereka rela dipijak dan dimakan haiwan lain kerana itu memang fungsi mereka.. bagaimana pula kita sendiri? Kita diprogramkan di dunia ini sebagai hamba Allah untuk mentaati dan mengabdikan diri sepenuhnya hanya kepada Allah s.w.t. semata-mata, namun ramai daripada kalangan manusia dan jin yang melawan perintah Allah..

Kalau kita renungkan, setiap amaran dan larangan Allah pasti membuahkan kebaikan kepada kita, bermulalah daripada pemakanan, pemakaian, cara hidup (adab-adab), sehinggalah segala yang disyariatkan oleh Allah s.w.t. Ramai juga dalam kalangan kita yang suka bersoal siasat dengan Allah, iaitu selalu bertanya sesuatu yang diperintahkan, sebagaimana salah satu contoh daripada contoh yang banyak, kisah pertanyaan Bani Israel kepada Nabi Allah Musa a.s. dalam peristiwa penyembelihan sapi pada zaman itu; meminta ciri-ciri sapi tersebut sehinggalah menyukarkan mereka untukmendapatkan sapi yang disebutkan. (Rujuk surah al-Baqarah :67-71)

Antara soalan yang popular dalam kalangan kita: “kenapa kita wajib solat? kenapa wajib tutup aurat? kenapa wajib puasa? kenapa tak boleh berhibur? Kenapa takleh judi, arak? Kenapa kena elak berhubung dengan ajnabi? Kenapa itu dan kenapa ini, kenapa tak boleh buat, kenapa pula?” bermacam-macam soalan..

Tapi kalau kita pergi jumpa doktor, doktor minta kita buka mulut, kita buat je tanpa banyak tanya, doktor nak suntik, kita bagi dengan penuh taat, doktor bagitahu makan ini pada sekian-sekian waktu, pantang daripada buat sekian-sekian, tak boleh makan makan sekian-sekian dan makan yang sekian.. pasti kita akan semat sekuatnya dalam fikiran semuanya tanpa banyak soal pun.. cane tu? Tapi bila Ulama’ bagitahu ini haram, ini tak boleh, ini boleh dan sekiannya, ramai pulak yang membantah, malah ramai juga yang ingin berkongsi pendapat tanpa belajar ilmu yang sebenarnya sehinggalah mengeluarkan kata-kata yang tak dapat diterima aqal yang sihat..

Memang adalah satu kebaikan jika kita berusaha mencari kelebihan di sebalik apa yang disyariatkan bagi menguatkan hujah kita, dan meningkatkan lagi kesyukuran kita kepada Allah s.w.t. tapi kalau kita memang bukan dalam bidang tu, jangan nak banyak tanya..! buat lah dengan penuh taat sebagai tanda kita mengabdikan diri kepada Allah s.w.t…

Semoga Allah mengasihi kita dan merahmati kita.. Ya Allah, masukkanlah kami dalam kalangan mereka yang taat kepada-Mu, dan masukkanlah kami dalam golongan mereka yang suci dan ikhlas, Amiin…

No comments:

Post a Comment